Saturday 22 December 2012

cerpen:Jangan lupakan janji kita

     Hujan lebat mengguyur bumi,malam sudah lewat.Afkar yang berumur 14 tahun resah menanti kepulangan abangnya Miftah di rumah usang.Mereka dua beradik yatim piatu semenjak tiga tahun lalu.Arwah ibu dan bapa mereka miskin,hanya mewariskan sebuah rumah usang dan sebuah motosikal cabuk.Semenjak itu,abang bekerja menjadi kuli di kilang beras.Memandu lori dan menangkat guni kasar untuk dihantar ke gudang-gudang.

Afkar diselubun gundah,namun dia tidak tahu untuk berbuat apa.Hanya mampu berdoa.Atap zink yang bocor membuatkan titis-titis hujan membasahi lantai rumah.Afkar tidak kisah,sudah brtahun atap rumahnya berlubang.Abang tidak mempunyai wang untuk baiki rumah,semua pendapatan digunakan untuk menampung pengajian Afkar.Dia teringat minggu pertama Miftah bekerja di kilang beras,dia pulang dengan tangannya yang luka-luka.Tubuhnya kesakitan dan beberapa hari dia menggeletar demam.Afkar menangis,tetapi Miftar tersenyum. "Afkar,kamu belajar rajin-raji.Kemiskinan bukan halangan untuk berjaya.Selagi kita bertuhankan Allah,tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini."

TOK! TOK! Bunyi pintudiketuk.Afkar berlari membuka pintu.Kelihatan Miftah basah kuyup melangkah masuk ke ruang tamu.Dia mencapai tuala.Tubuhnya menggeletar kedinginan.Afkar memandang sayu susuk abangnya yang berkorban demi mencari rezeki.Miftah senyum memandang adiknya. "Motor cabuk rosak,abang terpaksa berjalan kaki pulang dalam hujan.Alhamdulillah,lama benar tak bermain air hujan.Seronok juga rasanya." Ucap Miftah.Afkar sebak lalu menangis sebaik melihat senyuman tabah di wajah Miftah.Dia memeluk Miftah.
"Abang...kenapa Allah bagi kita susah?"Afkar menangis sambil bunyi hujan mendudu di luar.
"Jangan cakap begitu,Allah tidak pernah mengabaikan kita selagi mana kita menjaga solat.Allah menguji kita dengan kesusahan kerana dia mahu memberikan syurgaNya.Abang yakin suatu hari nanti kamu akan menjadi seorang manusia yang berjaya dan kaya.Ketika itu,jangan lupa untk berbuat sbanyak jasa."

Beberapa tahun berlalu.Berkat usaha keras Miftah mencari wang belanja,berkat kegigihan Afkar belajar dengan tekun,akhirnya Afkar mendapat tawaran biasiswa penuh menyambng pengajian ke Universiti di London.Penerbangan Afkar akan berlepas sebentar lagi.Inlah kali pertama mereka dua beradik akan berpisahuntuk tempoh yang lama.Di ruang terminal itu,tiada sesiapa yang mengiringi Afkar kecuali Miftah.Emosi Afkar sangat merusuh,hatinya dikepung sebak yan mendalam.Dia risau seandainya salah seorang dari mereka meninggal dunia.
"Abang,bolehkah jika Afkar tidak menyambung pelajaran di sana?"
"Jangan ! Teruskan pengajian kamu,Allah sentiasa beraa d sisi kita."
"Abang.bagaiman jika salah seorang daripda kita..." bicaranya terputus.Miftah memeluk Afkar dan menenangkannya.
"Afkar,berjanjilah dengan abang.Apabila kamu berjaya,jadilah manusia yang soleh.Buatlah jasa dan jangan pernah sombong.Boleh kamu berjanji?" Pinta Miftah.
Afkar angguk namun suaranya tidak mampu keluar walau sepatah.Miftah memandang Afkar dengan penuh kasih sayang. "Allah menakdirkan abang menjadi pelindungmu.Ini adalah pertalian dari syurga yang tidak mampu dileraikan oleh sesiapa pun.Seandainya kita berdua menjadi manusia soleh yang dicintai Allah,sekalipun kita berpisah di dunia,percayalah kita akan bertemu di syurga."Miftah memandang bening mata adiknya.Afkar mengangguk lagi.
"Pergilah...Allah akan melindungikita bersama.".Miftah melambai.

20 tahun kemudian

Dato' Afkar sedang berdiri memberi ucapan perasmian pembukaan rumah anak yatim. "Rumah ini saya namakan Miftahul Huda iaitu sempena nama abang saya.Sejurus tamat pengajian,saya terus pulang ke Malaysia.Abang saya sangat gembira mendengar berita kejayaan saya.Namun,Allah mengambilnya terlebih dahulu sebelum sempat kami bersua.Dia ditakdirkan mati dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang.Saya sangat sedih tetapi saya tidak melupakan pesanannya agar beramal soleh.Saya berdoa agar kami akan bertemu kembali di syurga.Saya mohon hadiri turut mendoakan saya.Dengan lafaz Bismillah,saya mersmikan pembukaan rumah anak yatim in."

Semua hadirin bertepuk tangan.Afkar tersenyum,namun di hatinya dia sangat merindui Mitahul Huda.Satu-satunya abang yang sangat dicintai."Abang,Afkar tidak melupakan janji kita."

"Jangan cakap begitu.Allah tidak pernah mengabaikan kita selagi mana kita menjga solat.
Allah menguji kita dengan kesusahan kerana
dia mahu memberikan kita syurgaNya"
insyaAllah...=)





Adaptasi dari majalah Gen-Q..


Jom Dakwah!

Salam Alaik...

Sy bukanlah nak tunjuk alim,nak perli or so wateva...tapi,this is the best way untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.InsyaAllah..Dan sy bukanlah pakar like ustazah or pakar motivasi tapi sy cuma nak kongsi dengan kalian betapa indahnya Islam.

Thats not my point..back to our topic,
berdasarkan tajuk kat atas tu,sesetengah orang mesti terdetik kat hati dia 'eh,aku bukan ustazah nak dakwah-dakwah orang ni..'kan? sebenarnya semua muslim boleh dakwah muslim yang lain,korang nak dakwah kawan yang dah tersesat jalan,lagilah boleh..tapi sebaik-baiknya gunalah cara dakwah yang baik.Tak salah kalau kita nak jadi baik.Bukan ustazah or ustaz je boleh dakwah,kita pun boleh.

Jom ! mai la kte dakwah sesama..